Monday, February 14, 2011

Dale"s Cone Experience

Background
Years ago an educator named EdgarDale (Educational Media, 1960), 
often cited as the father of modern media in education, developed from his experience in teaching and 
his observations of learners the "cone of experience”. The cone's utility in selecting instructional resources and activities is as practical today as when Dale created it


 
People generally remember ....

• 50% of what they hear and see - video
• 70% of  what they say or write
• 90% of what they say as they do something

Wednesday, February 9, 2011

Bicara Cinta

Cinta, cinta, cinta....Senang sekali aku aku menuturkan kalimah cinta kerana saat aku lafazkan itu, ada rasa berbunga di dalam jiwa aku...Errrmmmm..jangan disalahtafsirkan bicaraku ini sebelum usia menutup

Friday, February 4, 2011

Janjiku

Layakkah aku digelar teman ?
Layakkah aku digelar kawan ?
atau layakkah aku digelar sahabat ?
 
Selama ini ,
kau bersabar dengan karenahku
selama ini ,
kau selalu mendengar ceritaku
selama ini ,
kau selalu mendoakan aku
dan
selama ini juga ,
kau selalu menasihatkan aku

Tapi kini kau sudah tiada lagi ,
kau pergi meninggalkan aku ,
kau pergi tanpa memberitahuku ,
kau pergi mengikut kata hatimu .

Mengapa kau lakukan aku seperti ini ?
adakah ,
kerana kau sudah tidak sudi berkawan denganku ?

Kembalilah engkau menemaniku ,
kuimpikan kita menjadi seperti dahulu ,
kau yang selalu bersabar dengan karenahku ,
kau yang selalu mendengar ceritaku ,
kau yang selalu mendoakan aku ,
dan kau yang selalu menasihatku .

Aku berjanji denganmu yang akan ku berubah.....

SIAPAKAH AKU BAGI MU?

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Friday, October 29, 2010

Berfikirlah Sambil Melakukan

Thomas Edison ada mengatakan : " Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya." 


Pernyataan ini benar berdasarkan pengalaman kerana manusia apabila ketika sedang membaca  atau menulis, maka sebenarnya ia berfikir. Salah satu cara terbaik untuk menajamkan dan mengawal fikiran adalah melakukan pekerjaan yang menyenangkan dan bermanfaat kerana orang-orang yang menganggur adalah orang-orang yang suka berkhayal dan menyebarkan berita yang tidak jelas.

Friday, September 17, 2010

Jangan Bersedih, Tanyalah Dirimu Sendiri Tentang Hari Ini, Kelmarin dan Esok

Tutuplah pintu besi masa lalu dan masa depan, dan hiduplah dalam detik-detik hari ini.

1. Apakah saya akan menunda kehidupan hari ini kerana takut akan hari esok atau kerana harapan yang indah di hari esok?

2. Apakah saya harus menjadikan hari ini menjadi demikian getir dengan membayangkan hal-hal yang telah terjadi di masa lalu, yang telah lapuk bersama dengan berlalunya waktu dan zaman?

3. Apakah saat bangun di pagi hari, saya telah bertekad untuk menggunakan sebaik-baiknya hari inidan mengambil faedah yang sebesar-besarnya dari waktu yang hanya berjumlah 24 jam ke depan?

4. Apakah saya mampu mengambil faedah dari rangkaian detik demi detik dalam kehidupan hari ini?

5. Bila saya akan mulai melakukan itu semua? Minggu depan? Esok? Atau, hari ini?

Thursday, September 16, 2010

DetikMu SPM

Ku hitung tiap detik berlalu , tiap saat waktu berubah ,
degup jantungku makin kencang . .

mampukah aku membalas jasa
mereka yang membantu ku selama ini . .
yang mencurah segala ilmu ,
yang mengajarku erti hidup ,
hanya ' kamu ' peluang ku ketika ini . .
ku tumpukan usahaku menghadapi mu . .
oh . .SPM.. 

bagai trauma bagi yang lalai ,
bagai pintu cahaya peluang bagi yang bersedia . .
lalai atau sedia ,
kau tetap kami hadapi . .

ke mana ku selepas ini . .
kekal di sini atau melangkah maju ke hadapan . .
terletak pada usaha dan ketekunan ku dalam menunggu detikmu . .

dengan satu harapan ,
satu hasrat , satu impian ,
ku berdoa kepada-Mu Ilahi . .
ku memohon ''9A+ dalam genggaman ku . .''
Amiin..